[Bila Kepala Otak Penuh Hasutan]

Saturday, April 25, 2009

Ringan dan Jauh

Izinkan aku berlari
jauh........

melanggar tiap norma yang ditetapkan untuk aku penuhi
aku mahu pecahkan dinding penghalang revolusi mindaku
dan beralih pada satu dunia utopia;

di mana aku tak perlu gundah tika mengorak langkah tari
tidak perlu melatah tika melafazkan dialog pentasku
tidak gusar melagukan simfoni sendah alam
aku tidak bisa memikirkan celahan resah
melainkan semua yang aku sedang lakukan ketika itu

kerana pada saat ini, ada beban di bahuku
yangs eering menekan aku ke bawah
tapi tidak pernah menarik aku ke atas
oh beban,
izinkan aku berlari
ringan dan jauh....

Lebih Pasrah

Aku pasrah saja bila;

dengar mereka bernyanyi lebih baik

menari lebih lincah

berdebat lebih petah

bersukan lebih gagah

belajar lebih terarah


Aku pasrah saja kerana;

aku punya impian lain yang aku ingin jadi lebih. Lebih-lebih. Lebih lagi!

Drama

Yang indah itu bila kau berbicara. Sebab suara-mu ibarat lagu-lagu yang mengangkat aku ke alam fantasi. Pada aku, itu mengghairahkan.

Yang buruk itu bila kau tak endahkan aku. Kau buat aku ternanti-nanti akan panggilanmu kerana aku teringin sekali mendengar suaramu.

Yang indah itu bila kau tersenyum setiap kali bertemu aku. Percikan sinar dari pandangan matamu meruntun hati-ku yang rawan dan buat aku lupa aku tiada panggilan darimu. Oh, kamu memanggil aku hanya melalui pandangan-mu.

Yang buruk itu bila kau sekadar memandangku tapi tidak menegur aku kerna waktu itu sedang sibuk bersama dengan rakan-rakanmu. Adakah kau malu jika dilihat bersama aku?

Yang indah itu bila malam-malamku dihiasi dengan mimpi-mimpi di mana kau dan aku watak romantissnya. Kita berdua melayari bahtera asmara, hanya suka tiada duka.

Yang buruknya bila aku terjaga keesokan pagi dengan hanya memeluk bantal dan bukan kamu.



Yang lebih buruknya bila aku sedar yang aku hanya hidup dalam drama yang aku cipta sendiri.

Drama!

Drama!

Drama!

Friday, April 24, 2009

Medan Tempur Kita

Kau naik dan turun. Nafasmu mendengus. Namun masih belum mengah. Masih mampu mengukir senyuman sambil naik dan turun.

Otot-otot tanganmu kekar. Urat-uratmu jelas bagai diukir menghiasi ototmu. Peluh mengalir deras membasahi, berkilau kulit sawo matang itu.

Kau terus naik dan turun. Masih tak mahu mengaku kalah. Terkumat-kamit bibirmu, membilang bibit-bibit kemenangan. Sekali sekala membuka mata memandang padaku. Oh, tak perlu melihat aku. Dalam resah dan gelisah ini, aku juga mahu menang dalam medan tempur kita.

Kau lepaskan dengusan lantang terakhir, sebelum terhenti naik turun-mu. Aku hanya mampu senyum tawar bila kau tersenyum sinis padaku. Mencabar!


Oh, mungkinkah mampu aku kalahkan bilangan tekan tubi-mu tadi?

Thursday, April 23, 2009

Lolly-Pop!

Dahaga. Bungkus milo ais di mapley berdekatan. Melangut di kaunter sebelum sedar dipandang tajam. Ah! Pipi memerah~

Janganlah pandang-pandang menggoda begitu. Tak biasa aku direnung sebegitu berani. Senyuman nakal kamu, ehhe, buat aku tak tentu.

Aku pandang kiri, kanan dan belakang. Mana tahu aku cuma dihimpit perasan. Tapi tidak. 'Apa kamu sedang pandang aku?' Bagai gemaan listrik, monolog-ku dibalas pantas oleh anggukan-mu.

Sudah tiba masa aku pula memula langkah. Aku rapatkan diri kepadamu. Kau tersenyum manis dan membisikkan sesuatu ke telinga kananku.

'Aku kepingin di-hisap'

Boink!

Ruang Rahsia

Pssstt~

Apa?

Ruang ini ruang rahsia aku.

Habis, kenapa ditebar di alam maya?

Sebab aku sebuah buku hitam putih yang terbuka. Namun tersorok di sebalik buku-buku yang lebih besar dan berwarna warni.

Oh!

[Pasal Aku]

My photo
Aku seekor kucing putih, bermata putih, duduk di atas satu batu hitam di malam yang gelap gulita. Siapa yang tak nampak aku?